Guestbook is loading comments...
Mau Widget Ini? Klik Disini

Aktiviti PdP

Thursday, September 24, 2015

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama: Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

 Guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
 Guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:
o Kreativiti
o Pemikiran logikal
o Kemahiran Menaakul
o Perkembangan Rohani
o Pembentukan sikap positif dan nilai murni
o Perkembangan fizikal dan kesihatan
o Kreativiti dan estetika

 Guru memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid.
 Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:
o Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif.
o Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.
 Guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:
o Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid.
o Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusan.
o Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua: Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.

 Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:
o Pembelajaran Berpusatkan murid
o Inkuiri Penemuan
o Belajar Melalui Bermain
o Pendekatan Bersepadu
o Pendekatan Bertema
o Pembelajaran Berasaskan Projek
o Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa dan kemahiran)
o Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid, alam persekitaran murid)
o Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple intelligence)

 Guru prasekolah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira tentang:
o Kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak-kanak
o Teori perkembangan kanak-kanak.
o Keadaan setempat.
o Keperluan individu murid.

 Guru prasekolah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas.
 Guru prasekolah merancang aktiviti harian berpandu kepada aktiviti yang dicadangkan dalam Jadual 12-16: Cadangan Peruntukan Masa untuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas Prasekolah.
 Guru prasekolah perlu mengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap hari.
 Guru prasekolah perlu memastikan rutin harian dikendalikan dengan baik setiap hari.
 Guru prasekolah sentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara murid.
 Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid untuk mengemukakan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga: Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat: Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.
 Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.
 Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas prasekolah.
 Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated.
 Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.
 Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima: Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

 Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.
 Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid.
 Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.
 Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program keibubapaan.
 Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.
 Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu.
 Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam: Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.
 Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan.
 Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP